Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hari Gawai Dayak: Raikan bersama TVS

Sempena Hari Gawai Dayak kali ini, nantikan program-program eksklusif Gawai yang dibawa khas oleh TVS kepada anda untuk ditonton seisi keluarga!

1. Gawai Homecoming  

Gawai Homecoming adalah sebuah filem pendek asli TVS mengisahkan Joshua, seorang peninju muda Dayak (dilakonkan oleh Thorus), berpindah dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya dalam dunia tinju, meskipun menerima halangan oleh ayahnya, Baha.

Filem pendek ini semestinya akan mencuit hati anda sekeluarga di kampung halaman dengan ‘plot twist’ di akhir cerita.

Gawai Homecoming akan bersiaran pada 1 Jun pukul 10.15 pagi di TVS atau saksikan sekarang di YouTube TVS Entertainment. 

2. Inspirasi Duniamu Gawai Special 

Inspirasi Duniamu Gawai Dayak membawakan kemeriahan perayaaan yang disambut oleh komuniti Dayak ini bukan sahaja yang berada di Sarawak malah di Semenanjung Malaysia.

Juga dalam Inspirasi Duniamu Istimewa Gawai Dayak kali ini membawakan lintas langsung kemeriahan suasana Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2024 dari BCCK Kuching, anjuran pemimpin-pemimpin Dayak Sarawak.

Inspirasi Duniamu akan bersiaran langsung di TVS saluran 122 dan Facebook TVS TV, YouTube TVS Entertainment dan TikTok @tvs_entertainment pada 1 Jun pukul 10.30 pagi hingga 12 petang.

 

3. Majau The Harvest Tale

Sebuah filem animasi yang mengisahkan Lagan, seorang suami yang setia, yang memasuki alam roh untuk menyelamatkan jiwa isterinya Mina yang hilang. Dengan menggunakan muzik, ritual kuno, dan keazamannya, Lagan dan Mina menghadapi cabaran ghaib untuk menyembuhkan Mina daripada penyakit.

Berdasarkan kisah dongeng kaum Kenyah, filem ini pasti menggamit rasa sayu penonton di rumah namun memberi pengajaran kepada penonton muda tentang Majau.

Saksikan Majau: The Harvest Tale bermula 1 Jun pada pukul 7.30 malam di TVS saluran 122. 

4. Tiga Dara Manik

Tiga gadis remaja dari rumah panjang, Enchelegit, Kumang, dan Lulong, dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mewarisi ilmu manik, tetapi mereka lebih berminat menjadi pelakon popular. Setelah melepasi uji bakat, mereka menunjukkan pelbagai ragam diva sementara menunggu sesi penggambaran bermula.

Ragam tiga gadis ini pasti mencuit hati anda serta memeriahkan lagi perayaan Gawai pada tahun ini.

Tiga Dara Manik juga akan bersiaran pada 1 Jun pada pukul 9.45 malam di TVS. 

5. Lauk Ka Indai 

Seorang ibu yang menyayangi anaknya sepenuh hati dan berusaha keras untuk memastikan anaknya bahagia. Semakin hari, dia menyedari anaknya semakin membesar namun merasai si anak semakin jauh daripadanya.

Dalam usaha menyusun strategi untuk mengeratkan hubungan mereka semula, si anak semakin menolaknya lebih jauh. Adakah si ibu berjaya mencari kebahagiaan bersama anaknya atau hanya untuk dirinya sendiri?

Sediakan tisu! Filem ini pasti menyentuh perasan anda.

Saksikan Lauk Ka Indai di TVS yang akan bersiaran 2 Jun pada pukul 7.30 malam.

6. Biak Balau

Felix membuat pertaruhan dengan Jaka, seorang pemuda kaya dan sombong, tetapi tewas dan mengalami kecacatan. Cikgu Harun, anaknya Julia, dan wartawan Rosna terjerat dalam kisah silam keluarga Felix, Kamis, dan Jaka.

Demi memenangi pertandingan, Jaka menggunakan segala cara termasuk melakukan jenayah, tetapi akhirnya perbuatannya terbongkar oleh pihak berkuasa.

Cerita “Budak Balau” mengajarkan tentang persahabatan, pengorbanan, semangat kesukanan, dan kasih sayang tanpa mengira bangsa dan agama.

Telefilem Budak Balau akan ditayangkan 8 Jun pada pukul 8.45 malam hanya di TVS. 

7. Igat

IGAT memilih untuk meneruskan legasi bapanya sebagai pekebun dan peniaga buah-buahan selepas kematian bapa, meskipun cemerlang dalam SPM. Namun, tanah kebunnya dibebani hutang dan hampir disita bank.

Kehadiran Shirly, graduan universiti, memberi nafas baharu kepada Igat, tetapi dendam lama Harry terhadapnya semakin memuncak.

Mampukah Igat menangani cabaran hidupnya serta berbaik dengan Harry?

Ketahui lebih lanjut dengan menonton Igat pada 9 Jun pukul 9.15 malam hanya di TVS. 

 

Tonton semua program menarik ini di Saluran 122 di MYTV, Unifi TV, dan Astro.

Atau tonton secara langsung di tvsarawak.my atau aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV, dan Astro Go!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan