Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni Duyufurrahman Sarawak di Hotel Raia, di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

TYT, isteri santuni Duyufurrahman Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni Duyufurrahman (tetamu Allah) Sarawak di Hotel Raia, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau serta isteri pada 7:50 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Pengarah Wilayah Tabung Haji Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said, Pengarah Tabung Haji Negeri Sarawak Kassim Pait dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Sarawak, Kushairi Abang.

Majlis menyaksikan Tun Wan Junaidi serta isteri turut mengucapkan selamat jalan kepada 142 jemaah haji daripada kumpulan jemaah KT70Q yang akan dijadual berlepas pada 10:25 pagi ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ini merupakan kali pertama Tun Wan Junaidi serta isteri meraikan duyufurrahman Sarawak setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri ke-28 pada 26 Januari lalu.

Kumpulan ini akan digabungkan bersama kumpulan dari Pulau Pinang dan seterusnya akan meneruskan penerbangan ke Jeddah yang dijadualkan pada 3:20 petang ini dan dijangka tiba jam 7:10 petang, waktu Arab Saudi.

Tahun ini, seramai 986 orang jemaah dari Sarawak terpilih untuk berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan