Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang individu tidak dikenali maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, lapor United Press International (UPI). (Foto fail Envato)

Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam

ByBernama

WASHINGTON, 30 Mei: Seorang individu tidak dikenali maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, lapor United Press International (UPI).

Insiden maut itu berlaku di Schiphol pada Rabu, apabila mangsa terjebak dalam enjin pesawat yang sedang beroperasi, kata pegawai KLM Royal Dutch Airlines dalam satu kenyataan dalam talian. Malangnya, individu berkenaan meninggal dunia.

Pegawai KLM berkata Penerbangan KL1341 sedang bersiap untuk berlepas ke Billund, Denmark, apabila kejadian maut itu berlaku di lapangan.

Kami menjaga penumpang dan pekerja yang menyaksikan kejadian itu, kata KLM.

Insiden itu sedang disiasat oleh Marechaussee Diraja Belanda.

Agensi penyiasat itu menyatakan bahawa semua penumpang dan kakitangan KLM telah turun dari pesawat dan sedang menerima penjagaan.

Identiti si mati masih belum dikenal pasti dan penyiasat tidak tahu sama ada kejadian itu adalah kemalangan atau bunuh diri.

Pesawat berkenaan adalah jet Embraer yang digunakan untuk penerbangan yang agak singkat oleh perkhidmatan udara Cityhopper KLM yang terbang ke pelbagai lokasi di Eropah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan