Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini. (Foto Bernama)

Perjumpaan dengan Meta di Singapura Jun ini bincang komitmen tangkis berita palsu – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Mei: Perjumpaan Kementerian Komunikasi dengan Meta Platforms Inc (Meta) dan penyedia platform media sosial lain yang dijadualkan di Singapura pada bulan depan antaranya akan membincangkan komitmen kerajaan MADANI dalam menangkis kandungan palsu dan penyebaran berita tidak benar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pertemuan itu akan berlangsung sewaktu lawatan kerja rasminya ke republik berkenaan pada pertengahan Jun.

“Saya harap mereka dapat bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga terjamin.

“Apa yang kita inginkan adalah keselamatan dalam talian, untuk menjadikan Internet selamat bagi kanak-kanak serta keluarga, dan saya percaya sudah pasti sama ada Meta, Facebook, Instagram dan WhatsApp, mereka sehaluan dengan kita dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucap dalam majlis itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menyeru warga Kementerian Komunikasi untuk memanfaatkan bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata manfaat AI bukan hanya dapat meningkatkan prestasi individu malah ia akan membantu memudah cara penyampaian perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Menyentuh mengenai kerjasama rentas kementerian, beliau turut menyeru Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memfokuskan kepada usaha bagi membanteras ketirisan dan melawan kegiatan penyeludupan diesel dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi penerbitan kandungan berita yang memanfaatkan rakyat.

“Saya lihat KPDN cukup hebat dalam usaha membanteras ketirisan, simpanan stok (diesel) dan sebagainya. Saya pohon JaPen dan komuniti MADANI berusaha memberi pemahaman kepada rakyat apakah mekanisme untuk membuat aduan (sekiranya ketirisan atau kenaikan harga barangan dikesan).

“Kita juga perlu bantu berkongsi video yang dimuat naik oleh KPDN di TikTok dan sebagainya,” kata Fahmi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan