Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) menunjukkan poster Great British Circus Sarawak Tour yang akan diadakan di Kuching pada 8 Jun hingga 14 Julai ini. Foto Amirah Shawel (TVS)

Penganjuran acara antarabangsa beri impak positif ekonomi Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Mei: Penganjuran acara bertaraf antarabangsa di Sarawak akan memberikan impak positif kepada ekonomi wilayah ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sektor berkaitan seperti industri hospitaliti dan keusahawanan akan menerima manfaat daripada penganjurannya.

Penganjuran acara antarabangsa beri impak positif ekonomi Sarawak | TVS

“Begitu juga dengan yang datang ke Kuching dari luar kawasan dan luar negara, tentunya mereka akan menginap di hotel dan ini akan membantu industri hospitaliti kita (Sarawak),” katanya pada sidang media Great British Circus Sarawak Tour di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Great British Circus Sarawak Tour, beliau berkata pertunjukan sarkas itu akan dianjurkan pada 8 Jun hingga 14 Julai ini di Stadium Negeri Sarawak.

Beliau memberi galakan kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka menghadiri pertunjukan itu untuk hiburan seisi keluarga.

Great British Circus juga akan menemui penduduk Miri pada 26 Julai hingga 25 Ogos ini di Boulevard Shopping Miri.

Beliau turut menyatakan keterbukaan sekiranya pihak penganjur ingin mengadakan acara sarkas itu di kawasan lain di Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Karim menjangkakan lebih ramai penonton akan hadir pada acara itu memandangkan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 juga akan diadakan pada 28 hingga 30 Jun.

“Ini satu peluang yang baik kerana pengunjung yang akan ke RWMF berpeluang untuk ke acara sarkas itu juga. Selain itu, ramai duta dan Menteri Persekutuan akan melawat Sarawak untuk mengadiri RWMF,” katanya.

Beliau turut menjangkakan peningkatan pengunjung dari Indonesia ke Sarawak yang akan menghadiri acara-acara tersebut berikutan jadual penerbangan yang sentiasa penuh setiap hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan