Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelaburan Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) akan memberikan nilai tambah kepada usaha mempertingkatkan program celik kecerdasan buatan (AI) bagi manfaat murid dan guru, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). (Foto fail TVS)

Pelaburan RM9.4 bilion Google beri nilai tambah untuk guru dan murid

PUTRAJAYA, 30 Mei: Pelaburan Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) akan memberikan nilai tambah kepada usaha mempertingkatkan program celik kecerdasan buatan (AI) bagi manfaat murid dan guru, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM yang menyambut baik pengumuman Google memaklumkan pelaburan itu juga dapat memenuhi keperluan perkomputeran awan yang semakin meningkat.

“Inisiatif seperti Gemini Academy dan Experience AI yang sedang berjalan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang bertujuan melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.

“Ini dilaksanakan menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid, pendidik dan pemimpin pendidikan; penyediaan infrastruktur, infostruktur dan kandungan yang berkualiti; dan penyertaan aktif rakan strategik secara bersepadu serta menyeluruh daripada peringkat prasekolah hingga lepasan menengah,” menurut KPM.

Dalam konteks ini, kerjasama dengan peneraju teknologi seperti Google adalah penting demi pengukuhan pelaksanaan DPD serta memastikan usaha mereformasi pendidikan negara berjaya.

Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan RM9.4 billion di Malaysia yang merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi AI untuk pelajar dan pendidik di negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan