Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Makanan Amal Autismes 2024 akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak pada 14 Julai ini. Foto Persatuan Autisme Kuching

Festival Makanan Amal Autisme kembali 14 Julai ini

ByAmirah Shawel

KUCHING, 28 Mei: Program tahunan Festival Makanan Amal Autisme anjuran Persatuan Autisme Kuching (KAA) akan diadakan pada 14 Julai ini.

KAA memaklumkan festival makanan itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak (ACS) bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Penganjuran program itu adalah bagi mengumpul dana untuk kos pengoperasian persatuan itu, selain untuk keperluan semasa.

“Sasaran jualan tiket kami adalah RM350,000. Kami menggalakkan komuniti dan agensi berkaitan untuk menyertai program ini bagi menjayakannya.

“Tiket serta borang pendaftaran boleh didapati di pejabat pengurusan KAA,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, tiket bagi pesta makanan kini dijual kepada mereka yang berminat untuk mendaftar bagi membantu penganjuran program itu.

Sementara itu, KAA memaklumkan kos pengoperasian pihaknya mengalami defisit sebanyak RM1.2 juta dengan RM750,000 daripadanya diraih melalui pengumpulan dana.

Oleh itu, KAA menganjurkan dua acara tahunan iaiti Autism Run dan Autism Charity Food Fair untuk mengumpul dana.

“Selain dua acara utama, kami juga menganjurkan pameran Seni Autisme setiap dua tahun, mempamerkan karya artis berbakat kami. Tahun ini kami akan menganjurkan pameran seni pada bulan November,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan