Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Aziz Rosli (dua kiri) pada sesi penyerahan bantuan Program Mok Sambut Gawai 2024 bersama penerima di Bank Rakyat Matang Jaya, Kuching, hari ini. Foto Regina Lee (TVS)

Bank Rakyat santuni 850 keluarga sempena sambutan Hari Gawai Dayak

ByRegina Lee

KUCHING, 28 Mei: Bank Rakyat terus komited dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan menerusi penganjuran Program Mok Sambut Gawai 2024 dengan menyerahkan sumbangan bakul makanan berjumlah keseluruhan RM42,500 kepada 850 keluarga di Sarawak.

Ketua Wilayah Bank Rakyat Sarawak Abdul Azis Rosli berkata, pihaknya sentiasa prihatin terhadap kemakmuran ekonomi dan kebajikan masyarakat di setiap pelosok negara, seiring dengan misinya serta aspirasi kerajaan dalam mewujudkan persekitaran masyarakat Madani yang sejahtera dan mampan.

“Bank Rakyat merealisasikan satu lagi inisiatif jangkauan komuniti Madani yang diadakan bersempena sambutan Hari Gawai khusus bagi mendekati dan menyantuni komuniti yang memerlukan di sekitar kawasan Bank Rakyat beroperasi di seluruh Sarawak.

“Inisiatif ini yang memasuki tahun tiga penganjurannya menunjukkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam mmberi semula kepada masayarakat serta menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan selama ini,” katanya dalam Program Mok Sambut Gawai 2024 di Bank Rakyat Matang Jaya di sini, hari ini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama 19 cawangan Bank Rakyat Sarawak di sekitar kawasan Satok, Kota Samarahan, Bintulu, Simpang Tiga, Sibu, Sri Aman, Sarikei, Miri, Mukah, Matang Jaya, Kapit, Limbang, Kota Sentosa, Permy Jaya, Betong, Lundu, Sebuyau, Serian dan Kuching.

Program tersebut merupakan inisiatif Bank Rakyat dalam meneruskan usaha jangkauan komunitinya bagi membantu golongan sasar seperti usahawan, koperasi serta masyarakat secara menyeluruh.

Bank Rakyat percaya bahawa setiap sambutan perayaan di Malaysia mempunyai makna yang istimewa bagi sesebuah masyarakat dan merupakan simbolik kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada setiap penerima terutama mereka yang meraikannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan