Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

RUU mansuh Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu dibentang di Parlimen Jun ini

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Mei: Rang Undang-Undang (RUU) untuk memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 akan dibentang di Parlimen pada Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa melakukan kunjungan hormat, hari ini.

Kerajaan Sarawak mampu pacu kemajuan Pelabuhan Bintulu, lonjak eksport tenaga boleh baharu – Abang Johari

“Beberapa prinsip dan kata sepakat dicapai sebelum kita angkat (RUU) ke Parlimen pada Jun ini supaya Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu dapat dimansuh di peringkat Kerajaan Persekutuan dan diserahkan kepada Sarawak selepas itu,” katanya kepada TVS di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan Kerajaan Persekutuan sedang menyediakan RUU bagi memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981.

Rundingan antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan berhubung perkara tersebut juga lancar.

Sementara itu, Anthony berkata pertemuan itu turut membincangkan kelancaran proses pengambilalihan MasWings oleh Kerajaan Sarawak pada tahun hadapan.

Kerajaan Sarawak mampu pacu kemajuan Pelabuhan Bintulu, lonjak eksport tenaga boleh baharu – Abang Johari

“Ada beberapa perkara teknikal yang dibincangkan untuk mendapat kemudahan dalam usaha memastikan operasi pengambilalihan MasWings tidak terjejas.

“Kita hendak pastikan tempoh peralihan itu dijalankan sebaiknya. Sudah tentu kita perlu ada persefahaman yang jelas antara kedua-dua pihak,” katanya.

Anthony berkata kestabilan politik menjadi penyumbang utama pelbagai perancangan dan hala tuju dapat dicapai antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sehingga membuahkan banyak hasil yang positif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan