Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil penerima di Dewan Masjid Al –Muttaqin Sarikei. Foto TVS

Kestabilan politik dan keharmonian antara kaum tunjang utama kekuatan Sarawak

SARIKEI, 27 Mei: Kestabilan politik dan keharmonian antara kaum adalah tunjang utama kekuatan Sarawak sehingga membolehkan agenda pembangunan kerajaan berjalan lancar seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, dua aspek penting itu terbukti mencipta lingkungan yang kondusif untuk pembangunan ekonomi Sarawak dalam tempoh jangka panjang.

Malah katanya, keharmonian yang dikecapi Sarawak hari ini adalah asas utama kemajuan yang berupaya memacu pembangunan negeri termasuk dalam konteks sosio-ekonomi rakyat.

“Apabila dua perkara ini tegap (kukuh) aktiviti ekonomi, agama dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita tidak sama dengan negara-negara lain yang tidak ada kestabilan politik, keharmonian kaum.

“Ia menyebabkan negara itu tidak stabil daripada segi daripada segi politik dan kadang kala, mencetuskan satu suasana yang tidak diingini, yang tidak membolehkan perkembangan ekonomi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau di Sarikei, hari ini.

Mengambil contoh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Asfia yang juga pengerusi tetap parti itu berkata, PBB memiliki struktur politik yang cukup unik apabila mempunyai kaum bapa, sayap wanita dan pemuda.

Kewujudan struktur itu katanya, tidak hanya di peringkat cawangan tetapi turut dilaksanakan di peringkat ranting sekaligus membolehkannya diterima baik bukan sahaja di bandar tetapi juga di kampung dan rumah panjang.

“Malah, keharmonian kaum di Sarawak membolehkan kewujudan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyatukan Bumiputera dalam PBB sehingga terjalinnya ikatan dan kerjasama kukuh bersama komponen parti GPS yang lain seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan