Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi  satu penerbangan dari Doha, Qatar  ke Dublin, Ireland. Foto hiasan Envato

12 cedera akibat gelora udara dihadapi penerbangan Doha ke Dublin

ByBernama

DUBLIN, 27 Mei: Enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi  satu penerbangan dari Doha, Qatar  ke Dublin, Ireland, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, pihak Lapangan Terbang Dublin berkata penerbangan Qatar Airways itu mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum pukul 1 tengah hari (1200GMT) pada Ahad.

“Sebaik mendarat, pesawat itu disambut oleh perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kami, kerana enam penumpang dan enam kru (keseluruhan 12) di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara ketika melalui ruang udara Turkiye,” kata pihak lapangan terbang itu.

“Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di darat kepada penumpang dan petugas syarikat penerbangan,” katanya lagi.

Insiden ini berlaku seminggu selepas seorang lelaki British meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami gelora udara yang teruk.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan