Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amir Jahari mencuri tumpuan penonton dengan persembahan vokalnya. Foto, TVS

Penampilan khas Amir Jahari di Konsert Malam Galau UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 26 Mei: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 38, Amir Jahari membuat penampilan khas pada Konsert Malam Galau bersempena program Bunga Raya Cultural Odyssey anjuran Kolej Bunga Raya, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) malam tadi.

Amir muncul di pentas persembahan tepat pukul 10 malam tadi dengan menyampaikan lagu Kenangan.

Penyanyi berusia 31 tahun dari Kuching itu kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Ingga.

Seperti dijangka, Amir menutup persembahan dengan karya yang menjulang namanya, Hasrat.

Sementara itu Pengarah Konsert Malam Galau Nur Pretty Ezra Jasmin berkata, konsert itu diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan pelajar UNIMAS.

‘Ingin Pulang’ pelengkap lagu ‘Hasrat’ dendangan Amir Jahari nukilan buat anak perantau

“Program Malam Galau ini sebenarnya adalah program penutupan kepada program induk iaitu Cultural Odyssey untuk Kolej Bunga Raya di UNIMAS.

“Konsert kami bertemakan Malam Galau. Oleh itu, lagu yang dibawakan oleh penyanyi merupakan lagu sedih,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, salah seorang penyanyi yang mengambil bahagian, Mohd Ibrahim Kushi Muhammad, 22, gembira kerana UNIMAS bersikap terbuka dan membenarkan penganjuran konsert secara berhemah.

“Semua penonton dan artis telah diberikan penerangan apa yang boleh dibuat dan sebaliknya.

“Alhamdulillah konsert ini berjalan lancar,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan