Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sahabat Maktab yang terdiri daripada jemaah muda terlibat membantu jemaah yang sudah berusia sepanjang musim haji tahun ini. Foto, Zen Hashim (TVS).

Kami hendak bantu lebih ramai orang – Sahabat Maktab

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 26 Mei: Kami ingin bantu lebih ramai orang yang datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Demikian diungkapkan oleh jemaah haji muda Malaysia menyertai Sahabat Maktab yang berperanan membantu Duyufurrahman sepanjang operasi Masyair pada musim haji tahun ini.

Salah seorangnya, Muhammad Adam Aiman Mohd Amizul Fazly, 23, berkata, dia berasa amat bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang sukarelawan untuk menyantuni jemaah haji.

Katanya kesempatan menyertai Sahabat Maktab menjadi ‘lubuk’ bagi dia dan dua adiknya untuk meningkatkan amalan mereka ketika berada di Tanah Suci.

“Sebenarnya semangat untuk membantu orang lain terutamanya jemaah haji ini juga didorong oleh ibu bapa kami yang sentiasa berpesan supaya sentiasa berbuat baik.

“Kami pilih menjadi Sahabat Maktab kerana ingin tolong orang terutama jemaah yang berumur dan tidak berkemampuan pergi ke masjid,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, jemaah wanita Norfarhanah Ahamd Sukri, 25, yang turut menyertai Sahabat Maktab berkata, penglibatannya dalam tugasan itu mampu mengubat kerinduannya terhadap ibunya di tanah air dan bapanya yang telah meninggal dunia.

“Pesanan mak supaya jaga solat, istiqomah dan yang penting bantu jemaah lain.

“Mak juga pesan supaya anggap mereka seperti mak ayah sendiri. Saya di sini memang panggil jemaah wanita sebagai umi, mak, mama dan juga ibu,” katanya.

Bagi Dr.Nazil Nuhairi Ismail pula, sebab utama beliau menyertai Sahabat Maktab kerana ingin memberi khidmat berdasarkan kepakaran yang dimilikinya.

“Berkhidmat juga merupakan satu ibadah yang besar dan aspek kesihatan juga merupakan satu cabaran terbesar,” katanya.

Tambah Dr. Nazril menerusi pengalaman selama 23 tahun dimilikinya dalam bidang perubatan, dia berharap agar boleh menyumbang sesuatu kepada tetamu Allah di Tanah Suci. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan