Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 315 jemaah haji Malaysia dilantik sebagai Sahabat Maktab bagi membantu kelancaran operasi haji khususnya semasa operasi Masyair. Foto, Zen Hashim (TVS)

315 jemaah haji sertai Sahabat Maktab, bantu kelancaran operasi Masyair

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 26 Mei: Seramai 315 jemaah haji Malaysia dilantik sebagai Sahabat Maktab bagi membantu kelancaran operasi haji khususnya semasa operasi Masyair.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mereka yang dipilih mewakili sembilan buah maktab terdiri daripada tiga kategori iaitu Sahabat Hujjaj, Sahabat Ibadat dan Sahabat Medik yang memberikan khidmat secara sukarela.

Jelas beliau, Sahabat Ibadat mempunyai latar belakang pengetahuan agama untuk membantu pengurusan maktab mengendalikan aktiviti jemaah haji.

Kami hendak bantu lebih ramai orang – Sahabat Maktab

“Sahabat Medik pula mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan kesihatan.

“Manakala Sahabat Hujjaj adalah mereka yang berpengalaman luas dalam aspek kesukarelawan di Malaysia, pernah terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelantikan Sahabat Maktab di sini semalam.

Syed Saleh menambah, mereka yang terpilih merupakan jemaah haji yang bersedia membantu Lembaga Tabung Haji (TH) serta mempunyai sifat kepimpinan dan latar belakang mengurus yang baik.

“Pada tahun ini kita menerima lebih 500 permohonan jemaah haji yang bersedia menawarkan diri menjadi sukarelawan Sahabat Maktab.

“Ini menunjukkan kesungguhan jemaah haji Malaysia untuk membantu rakan-rakan yang lain serta ingin meningkatkan amal mereka ketika berada di Tanah Suci,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, seramai 35 orang sahabat maktab ditempatkan bagi setiap maktab yang mewakili penerbangan setiap KT dan tingkat di bangunan penginapan.

“Pecahan di setiap maktab pula terdiri daripada 29 orang Sahabat Hujjaj, tiga orang Sahabat Medik dan tiga orang Sahabat Ibadat,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan