BINTULU, 25 Mei: Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di Pantai Tanjung Batu di sini, pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada pihak polis jam 7.28 pagi berhubung bantuan untuk mengangkat mayat di lokasi itu.
“Kita menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat satu mayat lelaki lengkap berpakaian anggaran umur dalam lingkungan 30-an sudah berada di tepi pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, maklumat berkaitan identiti mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti.
“Pasukan Bomba menggunakan pengusung mengambil mayat tersebut dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS