Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berkata penganjuran persidangan itu tidak hanya melibatkan Kuala Lumpur tetapi juga Sabah dan Sarawak. Foto fail TVS

Kerajaan rancang anjur Persidangan Meja Bulat Media Serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Mei: Kerajaan bercadang untuk menganjurkan Persidangan Meja Bulat Media Serantau melibatkan negara anggota-anggota ASEAN pada tahun hadapan untuk membincangkan beberapa perkara berkepentingan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penganjurannya akan dilakukan sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang menyaksikan Malaysia sebagai pengerusinya.

“Sempena Malaysia sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN 2025, kita boleh usahakan penganjuran Persidangan Meja Bulat Media Serantau dengan menjemput wakil daripada pelbagai negara terutama di peringkat ASEAN dan mungkin negara rantau lain juga.

“Ia platform untuk bertukar pandangan, kita tahu BERNAMA adalah saluran rasmi kerajaan, tetapi banyak lagi kita boleh manfaatkan, ini satu perkara yang kita akan cuba laksanakan sempena kepengerusian ASEAN tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama media rasmi di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penganjuran persidangan itu tidak hanya melibatkan Kuala Lumpur sahaja tetapi juga mengambil kira Sabah dan Sarawak.

“Bukan hanya di Kuala Lumpur sebab pengamal media di Sabah dan Sarawak semestinya hubungan lebih erat dengan media di Kalimantan dan Brunei.

“Kita perlu ada rangkaian serantau dan saya lihat ia merupakan perkara yang positif,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan