Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Kerajaan pertimbang pembinaan kolam renang di Dalat – Abang Johari

ByAkma Salleh

MUKAH, 25 Mei: Cadangan bagi membina kolam renang sebagai tempat beriadah baharu di sini akan dipertimbangkan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah itu akan diteliti dengan mengambil kira selepas pendapatan Sarawak berkembang positif.

“Saya akan mempertimbangkan permohonan itu, dan secara peribadi saya rasa mungkin ia boleh dibina di kawasan ini (Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) memandangkan di sini lebih ramai yang datang. Mungkin kolam itu nanti juga boleh digunakan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sebagai terapi,” katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah, ADUN Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian Abdul Yakup Arbi.

Mengulas lanjut berhubung cadangan tersebut di lokasi sesuai seperti KKD, Abang Johari berkata, ini kerana sebelum ini terdapat terdapat sebuah kolam renang di Kapit yang sudah tidak digunakan lagi.

“Saya akan lihat dahulu bagaimana, kerana saya juga risau seperti apa yang berlaku di Kapit boleh tanya kepada ADUN Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat, kita ada kolam renang di Kapit tetapi dijadikan sebagai kompleks sukan, dan tempat itu kemudiannya tidak dijadikan sebagai kolam renang,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan