Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Fahmi Fadzil di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Fahmi kecam tindakan menyerang, mengugut keselamatan wartawan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 24 Mei: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam sebarang tindakan yang mengancam keselamatan dan mengganggu wartawan dalam menjalankan tugas.

Katanya, wartawan mempunyai hak untuk membuat laporan dan ia tidak patut dihalang.

“Saya sentiasa berpendirian bahawa wartawan perlu bebas untuk melakukan tugas mereka. Malahan, saya juga memperjuangkan hak wartawan untuk menyimpan kerahsiaan sumber,” katanya.

Beliau ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Fahmi mengulas mengenai insiden membabitkan isu keselamatan wartawan yang diancam baru-baru ini.

Ujar beliau, wartawan memainkan peranan yang penting dalam membuat laporan dan semua pihak harus menghormatinya.

“Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan laporan itu, namun kita juga ada hak untuk menjawab.

“Jangan melakukan tindakan luar daripada lunas undang-undang. Kita perlu menjaga adab dan akhlak,” jelasnya.

Semalam, Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) mengeluarkan satu kenyataan berhubung tindakan ahli politik yang didakwa menyerang dan membuat ugutan terhadap wartawan sebuah portal berita.

Fahmi juga memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bertemu dua pihak yang terlibat bagi memahami situasi sebenar dan mencari jalan penyelesaian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan