Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing selepas sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

Banjir kilat, 56 pelajar sekolah diarah balik

ByElani Rosllan

KUCHING, 24 Mei: Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan bagi operasi pemindahan pelajar-pelajar tersebut pada 7.45 pagi.

“Lima anggota beserta sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digegaskan ke lokasi kejadian. Tinjauan di kawasan sekitar turut mendapati air naik sehingga paras kira-kira 1.5 meter,” katanya menerusi kenyataan.

Sejurus itu, semua pelajar tersebut dibawa menaiki bot dan diserahkan kepada ibu bapa masing-masing lalu dibawa balik ke rumah.

Tambahnya, banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sejak semalam dan sehingga 10 pagi ini, paras air mula surut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan