KUCHING, 24 Mei: Kejuaraan Sukan Bina Badan dan Fizikal Asia Tenggara ke-18 2024 yang diadakan di Laos pada 15-20 Mei 2024 menyaksikan barisan atlet bina badan Sarawak cemerlang apabila merangkul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.
Penyumbang pingat terdiri daripada atlet yang mewakili pasukan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) dan Majlis Sukan Bukit Aman PDRM, Joseph Ladi memenangi tempat pertama atau emas bagi kategori 65 kilogram.

Selain itu, pasukan sama turut menyumbang satu perak dan tempat kelima kepada Malaysia iaitu Mohd Faizal Mat Rashid dan Aflishayir Ali. Awang Mohd Azizul Ghani turut menyumbang pasukan kebangsaaan dengan gangsa menerusi kategori 75 kg.
Siti Hadjar Mansor Awang Hitam memenangi tempat keempat bagi kategori fizik Wanita Terbuka. Asrul Asmat Sefri dari Miri berjaya mendapat tempat keenam dan merupakan pengalaman pertama beliau di peringkat antarabangsa.

Mereka ditemui pemberita semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.
Dalam pada itu, mereka akan menyertai Kejohanan Mr Asia di Batam, Indonesia pada Julai ini mewakili Malaysia.
Turut hadir, menyambut ketibaan atlet ialah Jurulatih Bina Badan Kebangsaan Buda Achah.
Menurut beliau, dia berasa bangga dengan pencapaian atlet dan menitipkan pesanan untuk atlet memperbaiki kelemahan kondisi badan, pemakanan dan latihan agar lebih berjaya di kejohanan seterusnya. – TVS