Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS baru-baru ini menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Sarawak dengan tema "Tiada Yang Terpinggir". Foto AFP.

PETRONAS sertai Karnival Kerjaya di Bintulu, tarik minat belia ceburi sektor minyak dan gas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

BINTULU, Mei 23: PETRONAS baru-baru ini menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Sarawak  bertemakan ‘Tiada Yang Terpinggir’ di Bintulu sebagai inisiatif menarik minat lebih ramai belia di negeri ini menceburi bidang sektor minyak dan gas.

Lima kontraktor PETRONAS, termasuk Velesto Energy Berhad, Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), Petrotechnical Inspection Sdn Bhd, Poratha Corporation, dan Essem Corporation Sdn Bhd turut serta dalam acara ini yang berjaya menarik lebih daripada 1,000 pencari kerja.

Acara ini berlangsung di Dewan Suarah, Bintulu dari 18 hingga 19 Mei 2024 lalu juga merupakan hasil kerjasama antara PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Group Project Delivery (GPD), Project Delivery & Technology (PD&T) PETRONAS di bawah Pelokalan Sumber Projek, yang menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan penyertaan bakat tempatan dalam sektor minyak dan gas, terutamanya dalam projek modal PETRONAS.

“Penyertaan PETRONAS dalam program ini menyediakan platform untuk pencari kerja tempatan berhubung dengan majikan berpotensi dalam industri,” kata jurucakap PETRONAS.

“Ia juga menggalakkan kerjasama yang lebih erat dalam ekosistem, memastikan usaha bersepadu berterusan untuk mencapai matlamat pembangunan bakat tempatan dan menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.” tambahnya lagi.

Kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan rakan industri terkemuka ini menunjukkan komitmen teguh PETRONAS dalam memupuk bakat tempatan.

“Inisiatif ini adalah elemen penting dalam strategi penyampaian projek PETRONAS untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak melalui pembangunan tenaga kerja yang mahir dan kompeten,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan