Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Belanjawan 2024 yang diumumkan, pelaksanaan e-Invois bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) hanya akan bermula pada 1 Julai 2025, bukannya 1 Ogos 2024. Foto Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

LHDN: Pelaksanaan e-Invois PKMS adalah 1 Julai 2025

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

PUTRAJAYA, Mei 23:Pelaksanaan e-Invois bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) hanya akan bermula pada 1 Julai 2025, bukannya 1 Ogos 2024.

Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menjelaskan pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada 1 Ogos ini hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Kenyataan juga menegaskan bahawa tiada keperluan pada masa ini untuk pihak syarikat dalam fasa pertama mendapatkan e-Invois daripada PMKS bagi tujuan tuntutan perbelanjaan.

“Sehubungan itu PMKS boleh meneruskan perniagaan seperti amalan biasa dan tidak perlu mengeluarkan e-Invois mulai 1 Ogos ini. Secara amnya pada peringkat awal pelaksanaan e-Invois tiada keperluan untuk mana-mana pembayar cukai mendapatkan e-Invois sebagai bukti bagi tujuan tuntutan perbelanjaan,” menurut LHDN.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mempersoalkan sama ada PMKS perlu mengeluarkan e-Invois, bagi syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos ini.

Untuk memudahkan pengemukaan e-Invois, LHDN menyediakan Portal MyInvois dan Sistem Point of Sales (POS) yang boleh digunakan secara percuma oleh PMKS.

“Pada peringkat awal, PMKS dibenarkan mengeluarkan e-Invois yang disatukan setiap bulan dan hanya perlu dikemukakan kepada pihak LHDN dalam tempoh tujuh hari pertama bulan berikutnya.

“LHDN akan menyediakan platform, tutorial bimbingan dan panduan pengguna bagi membantu PMKS menggunakan Portal MyInvois,” tambah LHDN,” jelas kenyataan berkenaan.

Berhubung penalti bagi ketidakpatuhan pelaksanaan e-Invois, kadar penalti minimum adalah RM200 sehingga maksimum RM20,000, bergantung kepada setiap kes. Namun, LHDN akan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada PMKS apabila pelaksanaan penuh e-Invois bermula.

LHDN juga menegaskan bahawa keselamatan dan privasi data pembayar cukai adalah keutamaan mereka. LHDN mematuhi piawaian antarabangsa seperti ISO/IEC 27001 dan ISO 22301, serta menjalankan Security Posture Assessment (SPA) secara berkala dengan pihak ketiga yang dilantik. Ini termasuk kerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelaksanaan e-Invois telah mengambil kira keperluan SST, dan semua maklumat berkaitan SST telah dimasukkan sebagai medan data e-Invois. Ini sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga barang dan peningkatan kos perniagaan PMKS,” jelas LHDN.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan e-Invois, pembayar cukai boleh menghubungi melalui e-mel di myinvois@hasil.gov.my atau talian 03-8682 8000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan