Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Tabung Haji memperuntukkan SAR30 juta bagi menampung penyediaan makanan kepada 31,600 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji 1445H/2024M. Foto TVS

Lembaga Tabung Haji tanggung SAR30 juta kos makanan sepanjang musim haji

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 22 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan SAR30 juta bagi menampung penyediaan makanan kepada 31,600 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji 1445H/2024M.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ia susulan peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga bahan mentah di Arab Saudi.

“Kalau kita lihat hampir setiap tahun kos untuk penyediaan makanan meningkat sebab bahan-bahan mentah semakin meningkat, ini termasuklah percukaian yakni pada setiap tahun pihak kerajaan yang bertanggungjawab akan menentukan bahawa ada proses-proses tertentu dan kemudahan tertentu yang perlu ditambah baik setiap tahun.

“Ini merupakan satu perkara yang menjadi cabaran kepada pihak tabung haji bagaimana kita hendak menangani kos dalam masa yang sama dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Petugas Kementerian Kesihatan pantau premis penyediaan makanan jemaah haji

Terdahulu, beliau yang telah melawat tiga premis penyediaan pek sajian makanan untuk jemaah haji pada tahun ini berkata, TH berjaya menyaring dan memilih sebanyak lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Daripada lapan syarikat katering atau lapan dapur yang telah dilantik, terdapat enam dapur di Mekah dan dua dapur lagi di Madinah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, 42 menu cita rasa Malaysia dengan pelbagai jenis lauk disediakan sama seperti tahun sebelum ini.

Menurutnya, tujuan kepelbagaian menu itu ialah supaya memanjangkan kitaran bagi mengelakkan jemaah mendapat makanan yang sama dalam tempoh pendek, rasa jemu dan pembaziran.

“Bagi mendapat cita rasa Malaysia maka kita bawa 20 tukang masak berpengalaman yang terbukti dari segi keupayaan ditempatkan di Mekah dan Madinah dan ditugaskan di lapan dapur yang dilantik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan