Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi Perseorangan Lelaki negara Leong Jun Hao ketika menentang pemain China Lei Lan Xi pada peringkat kelayakan perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Jun Hao, Jin Wei lepasi halangan pertama Malaysia Masters 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Walaupun perlawanan diheret hingga 81 minit tidak menggoyahkan semangat juang pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk menunjukkan jalan keluar kepada Lei Lan Xi dari China pada pusingan pertama Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Pemain di ranking ke-37 dunia itu yang ketinggalan 13-21 pada set pertama, bangkit pada dua set seterusnya dengan 23-21 dan 21-12 untuk menoktahkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

“Bagi saya bermain di sini (Malaysia) perlu beri yang terbaik. Saya tidak menyerah dan bermain sepenuh hati, itu yang membuatkan saya menang hari ini.

“Saya rasa (prestasi) bertambah baik kerana sekarang banyak bermain di kejohanan bertaraf tinggi. Saya teruskan satu demi satu dan langkah demi langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi bagi diri saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai pendapat menyatakan pemain China sukar ditumpaskan, Jun Hao berkata setiap pemain mempunyai ‘lenggok’ tersendiri dan mengesan perbezaan itu akan membantu mereka menumbangkan pemain berkenaan.

Jun Hao seterusnya akan bertemu sama ada Toma Junior Popov dari Perancis atau pilihan ketiga kejohanan Li Shi Feng dari China.

Mengikuti jejak Jun Hao ialah perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang mengenepikan cabaran pemain Ukraine, Polina Buhrova, 21-16, 18-21 dan 21-14 untuk bertemu Busanan Ongbamrungphan dari Thailand pada pusingan kedua Malaysia Masters 2024, esok.

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu pernah ditewaskan Busanan sebanyak tiga kali iaitu di Indonesia Masters 2016, Terbuka Thailand 2016 dan Kejohanan Badminton Asia 2018. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan