Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik pengecualian Sarawak dan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Foto TVS

Abang Johari sambut baik kecualikan Sarawak dalam subsidi diesel bersasar

ByNajib Imran

SEOUL, 22 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik pengecualian Sarawak dan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana tidak mengenakan subsidi diesel bersasar kepada Sarawak dan Sabah, bermakna kita dikecualikan,” katanya.

Beliau yang ditemui TVS selepas satu majlis di sini, hari ini berkata, langkah mengenakan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia akan disusuli dengan penjimatan dana.

Anwar malam tadi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri menerusi Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran media tempatan malam tadi.

Beliau berkata pengecualian itu diambil memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.

“Jadi, kita menangguhkan sebarang tindakan (penyasaran subsidi kepada pengguna di Sabah dan Sarawak) kerana akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found