SEOUL, 22 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pembangunan bersama (JDA) SEDC Energy dalam Projek H2biscus dengan Lotte Chemical, Samsung E&A dan Korean National Oil Company (KNOC).
Menerusi JDA berkenaan, SEDC Energy melangkah setapak lagi untuk merealisasikan Sarawak New Energy Hub (SNEH).
Sebelum ini memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai dengan syarikat-syarikat itu sejak tiga tahun lepas bagi merealisasikan misi menjadikan hub yang terletak di Bintulu, Sarawak itu sebagai hub utama pengeluaran hidrogen dan ammonia di rantau ini.
Operasi di situ bakal dikuasakan oleh tenaga hidro bagi menepati konsep tenaga hijau hub berkenaan.
SEDC Energy diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Robert Hardin manakala Lotte Chemical diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Hun Ki Lee.
Abang Johari sambut baik kecualikan Sarawak dalam subsidi diesel bersasar
JDA bagi KNOC pula ditandatangani oleh Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dong Sub Kim manakala Presiden Samsung E&P, Hing Namkoong mewakili syarikat gergasi itu.
Turut berlangsung sesi penyerahan surat hasrat (LOA) SNEH daripada Robert kepada Naib Presiden Samsung E&A, Cheon Hong Park.
Terdahulu Abang Johari turut diberikan taklimat berkenaan status dan perkembangan SNEH dan Projek H2biscus oleh Cheon Hong.
Abang Johari sambut baik kecualikan Sarawak dalam subsidi diesel bersasar
Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Abdullah Zaidel.
Sesi taklimat tersebut merupakan sebahagian agenda sempena lawatan rasmi dua hari oleh Abang Johari ke negara ini. – TVS
Editor TVS, Najib Imran dan jurukamera Ahmad Nasrullah melaporkan dari Seoul, Korea Selatan.