Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 15 wanita warga asing ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963 menerusi serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, George Town, hari ini. Foto TVS

15 wanita warga asing ditahan di pusat hiburan

ByTVS

GEORGE TOWN, 22 Mei: Seramai 15 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan awal pagi tadi.

Menerusi operasi selama beberapa jam bermula pukul 11 malam itu, wanita berpenampilan seksi tersebut dipercayai bekerja di pusat hiburan berkenaan dengan melayan pelanggan.

Difahamkan, mereka bekerja sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran dan pekerja spa pada sebelah siang.

Sementara itu, Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, operasi tersebut menahan warga Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Pemeriksaan mendapati mereka yang berusia antara 25 hingga 30 tahun itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963.

“Antara kesalahan ialah menetap di negara ini lebih masa, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan pas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Depot Imigresen di Juru, Bukit Mertajam dekat sini bagi siasatan siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan