KUCHING, 21 Mei: Bekas wartawan penyiaran, Dato Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini malam tadi.
Berita pemergiannya disahkan anaknya, Faisal Affandi yang menyatakan bapanya yang berusia 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.53 malam.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol berkesempatan menziarahi setelah menerima perkhabaran tentang Allahyarham sedang uzur di rumahnya, beberapa jam sebelum pemergiannya.
Affandi merupakan bekas wartawan penyiaran radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengarah RTM Johor (1992-1996) dan kemudiannya Ketua Pegawai Eksekutif Cats FM.
Allahyarham juga menulis buku tentang kisah hidupnya yang berjudul “From Belacan to FM”.
Affandi memulakan karier sebagai pembantu penyiaran di Radio Sarawak pada April 1961.