Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kejadian. Foto Bomba Sibu

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Sibu

SIBU, 21 Mei: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas terperangkap dalam rumah yang musnah dalam kebakaran melibatkan satu blok rumah persendirian tujuh pintu rumah di Lorong Kwang Tung, Jalan Lanang di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1)Andy Alie berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Lim Moi Kee, 72, dijumpai di depan pintu rumahnya manakala 19 penghuni lain selamat.

Katanya, sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan balai bantuan dari BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.43 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sederet tujuh pintu rumah kediaman jenis tidak kekal di mana hanya lima pintu didapati berpenghuni.

“Makluman awal yang diterima mendapati terdapat seorang penghuni tidak dapat dikesan dan dikhuatiri masih terperangkap di dalam salah sebuah rumah di situ,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Andy, pihak bomba bertindak menggunakan dua aliran 400 kaki dan dua cabang pembahagi dengan empat nozel serta satu aliran salur bantu mula dari sumber air terbuka dan satu pili bomba.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan rentung di depan pintu bilik nombor dua. Setelah proses mengeluarkan mangsa selesai, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya

Andy menambah kebakaran itu telah mengakibatkan seluruh deretan rumah yang didiami 20 orang musnah 100 peratus.

Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 9.52 pagi dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan