Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) Dato Sharkawi Alis menyerahkan zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2024 yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

LPB serah zakat perniagaan 2024 kepada TBS

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Mei:Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2024 di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB), Dato Sharkawi Alis berkata, zakat itu diserahkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

“Kita serahkan zakat ini kepada pihak TBS untuk mereka agihkan nanti kepada kumpulan sasar dan memerlukan.

“Ini juga merupakan nilai yang terbesar kita berikan jika dibandingkan dengan sebelum ini. Tahun ini kita serahkan RM2 juta, tahun sebelumnya kita berikan RM1.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2024 yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, dan Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan