INCHEON, 21 Mei: Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan undang-undang baharu bagi memacu pembangunan dan perdagangan industri tenaga hijau.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak mempunyai perimeter undang-undang bagi menjalankan urusan perdagangan bahan industri tenaga hijau.
Beliau memberi contoh dalam urusan logistik seperti urusan pengangkutan, ia memerlukan undang-undang khusus yang perlu dikuti.
“Saya nampak Kerajaan Persekutuan belum lagi mempunyai legal perimeter umpamanya dari sudut kita nak transportkan hidrogen, ammonia setakat ini belum lagi…saya difahamkan menteri ekonomi akan membentangkannya,” katanya.
Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan boleh merujuk kepada undang-undang yang digunakan Sarawak bagi menguruskan pembangunan tenaga baharu.
Mengambil contoh proses penghantaran hidrogen dan ammonia yang dipanggil “Trans boundry transportation” Sarawak katanya, berteraskan kepada “London Protocol”
“Perjalanan gas ini ke Korea kita mesti ada undang-undang peraturan yang berteraskan kepada “London Protocol”…dan kita ada ini,” katanya. – TVS