Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar sebuah keluarga yang tular dalam media sosial memaparkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 bulan yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto tular di media sosial

Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Gambar sebuah keluarga yang tular dalam media sosial memaparkan si ibu menggendong bayinya berusia 11 bulan yang mengalami masalah paru-paru serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ditunggang bapa bayi itu ke hospital, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga itu menerusi ruangan komen Facebook miliknya agar pihak beliau dapat menghubungi keluarga berkenaan.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam catatan Facebook beliau, Farhan Fauzi hari ini.

Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya Norhidayu Halim, 35, dari Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah tidak mampu membayar tambang teksi kerana mempunyai sumber pendapatan terhad sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

Keadaan itu menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat.

Bayi lelaki itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa akibat menghidap masalah paru-paru kronik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan