Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Kampung Jalan Giat Mara di sini, masih gagal ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua hari ini. Foto JBPM Sarawak

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sebuyau masih belum ditemukan

SEBUYAU, 21 Mei: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Kampung Jalan Giat Mara di sini, masih gagal ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua hari ini.

Mangsa, Mohamad Aidil Fiqrie Mohamad Rafik kali terakhir dilihat pada Ahad lalu pada jam 9.30 pagi dikatakan bermain di benteng țepi laut kawasan tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2 petang semalam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian.

“Dalam operasi SAR hari ini operasi pencarian terbahagi kepada dua kumpulan, pencarian di darat dan sungai.

“Pencarian di sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius enam kilometer hulu dan muara sungai Triso dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pencarian menggunakan bot agensi – agensi Bomba, Maritim, APM, LLS dan bot penduduk kampung.

“Pencarian di kawasan darat dan tebing sungai turut dijalankan oleh pasukan SAR dalam radius dua kilometer. Tiada petunjuk dijumpai sepanjang operasi pencarian dijalankan,” ujarnya.

Operasi ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula esok hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan