Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Iran berkumpul di Dataran Valiasr di pusat bandar Tehran untuk berkabung atas kematian Presiden Ebrahim Raisi, Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian dan tujuh orang lain dalam nahas helikopter pada hari sebelumnya, pada 20 Mei 2024. Foto AFP

Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa

ByBernama

TABRIZ (Iran), 21 Mei: Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pengarah Pejabat Organisasi Penyebaran Islam Iran di Tabriz, Hojjatoleslam Mahmoud Hosseini, berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.

Hosseini memberitahu wartawan IRNA pada Isnin bahawa perarakan jenazah akan diadakan pada Selasa dan penduduk Tabriz akan mengucapkan selamat tinggal kepada presiden dan membawa jenazahnya ke Lapangan Terbang Tabriz.

Beliau berkata bahawa Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan menunaikan solat jenazah untuk presiden pada Rabu dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad sehari kemudian.

Satu majlis sedang berlangsung di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi.

Presiden Raisi dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan