Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) bukti komitmen kerajaan

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Mei: Penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) membuktikan komitmen kerajaan terhadap reformasi fiskal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran FRA adalah untuk menurunkan paras hutang tidak melebihi 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan defisit fiskal tiga peratus dalam jangka masa sederhana.

Kerajaan juga katanya, mula memperluas asas hasil melalui reformasi percukaian.

“Cukai yang diperkenalkan tidak membebankan dan bersifat progresif, yakni dikenakan mengikut pendapatan supaya rakyat susah tidak dikenakan cukai yang sama dengan golongan kaya.

“Cukai Barang Bernilai Rendah, Cukai Keuntungan Modal Bagi Saham Tidak Tersenarai dan penambahbaikan kepada Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan. Kita mengunjurkan peningkatan hasil cukai negara sebanyak RM4.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disampaikan di Ibu Negara malam ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai pemberian subsidi pula, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan berani untuk menyasarkan semula subsidi.

Jelasnya, tindakan kerajaan dalam menyasarkan semula subsidi memberi penjimatan kepada wang rakyat yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain.

“Umpamanya, kerajaan telah menjana penjimatan RM4 bilion hasil penyasaran subsidi mengikut penggunaan elektrik. Tahun ini, subsidi elektrik ditambah baik dengan 85 peratus rakyat tidak terjejas dan kekal menikmati subsidi sementara baki 15 peratus yang menggunakan elektrik melebihi 600 kilowat-jam tidak lagi layak menerima subsidi,” ujarnya lagi.

Manakala hasil pemansuhan subsisi dan pengapungan harga ayam pula telah berjaya memberi penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan.

Malah ia berjaya menstabilkan bekalan ayam dengan harga yang jauh lebih rendah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan