Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melancarkan buku 'Bujang Berani' di Sarawak Club hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

‘Bujang Berani’ kisah wira Sarawak tidak didendang

ByKimberly Dickson

KUCHING, 21 Mei: Mengambil masa hampir 20 tahun untuk disiapkan, buku Bujang Berani mengisahkan perjuangan wira yang tidak didendang.

Penulisnya, James Alexander Ritchie menjelaskan penghasilan buku itu adalah sebagai penghargaan kepada pahlawan anak Sarawak berjuang demi negara tercinta.

Bercerita lanjut, Ritchie berkata, pembikinan buku itu mengambil masa yang lama kerana pengembaraan beliau ke pelosok Sarawak bagi mendapatkan maklumat tepat.

“Jelajah penyiasatan seorang wartawan yang meneroka dari Kuching ke Long Nawang lalu ke Pontianak, dari Pontianak pergi Balikpapan, Balikpapan menggunakan jalan raya dan menaiki kapal terbang untuk sampai ke Somalia yang sejauh 5000 kilometer, menggunakan wang sendiri,” katanya ketika ditemui TVS semasa majlis perasmian buku Bujang Berani di Sarawak Club Kuching, pada Selasa.

Lebih menarik, naskah beliau yang ke-45 ini dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Pada masa sama, wartawan veteran itu mendedahkan, buku terunggul yang pernah beliau hasilkan adalah nukilan bersama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi berjudul ‘Crimson Tide Over Borneo’ yang diterbitkan pada 2011.

Buku Bujang Berani dijual dengan harga RM120 senaskah dan hanya 300 buah buku sahaja yang dicetak setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan