Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Terengganu pada Sabtu.

Wanita ditahan bantu siasatan kes tinggalkan bayi

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 20 Mei: Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Chukai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata penganggur berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Jabur Kubur pada 11 pagi.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai kekasih wanita itu pada 3 petang tadi di sekitar pekan Chukai.

“Tangkapan terhadap lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan sama ada dia bersepakat dengan wanita terbabit untuk membuang bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bayi itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah lelaki berkenaan di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di lokasi terbabit pada 18 Mei.

Beliau berkata ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) akan dibuat terhadap wanita itu bagi melihat sekiranya mempunyai kaitan dengan insiden seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dihurung semut yang dijumpai di kedai sama, Julai tahun lepas.

Sabtu lepas, seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai kedai berkenaan dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. -TVS

Tags: bayi, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan