TEHRAN, 20 Mei: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.
“Tiada kesan mangsa terselamat dilihat selepas penemuan lokasi helikopter yang terhempas,” kata Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik Kolivand pada awal Isnin dalam temu bual dengan agensi berita Tasnim.
Kolivand mendedahkan pada awal pada hari itu bahawa lokasi kemalangan yang melibatkan Presiden Raisi dan pegawai kanan yang menemaninya telah ditemukan selepas berjam-jam pencarian meluas di kawasan pergunungan di wilayah Azerbaijan Timur.
@tvsarawak Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi. 📹 AFP 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok
Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.