Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai di Astana, Kuching, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

LAKMNS anjur sambutan Ma’al Hijrah di Masjid Jamek Petra Jaya

ByAkma Salleh

KUCHING, 20 Mei: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) akan menganjurkan sambutan Ma’al Hijrah di Masjid Jamek Petra Jaya pada 12 hingga 14 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata pihaknya telah mendapatkan nasihat Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi penganjuran program ini.

“Kita juga memaklumkan kepada Tun bahawa kita turut menjemput Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjadi tetamu kehormat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Jelas Wahab, kunjungan hormat itu antara lain adalah bagi memberi taklimat ringkas mengenai LAKMNS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan