Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Nor Hisham Mohammad, Datu Khirudin Drahman dan Tiong Ling Hii pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kuching, hari ini. Foto TVS

Khirudin dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran

KUCHING, 20 Mei: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya, berkuat kuasa hari ini.

Dengan menyandang pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba, Khirudin akan diamanahkan dengan program kesedaran komuniti berkaitan pencegahan kebakaran, persijilan pencegahan kebakaran dan permit keselamatan pekerjaan.

Ketua Pengarah JBPM Dato Nor Hisham Mohammad berkata, jawatan Pengarah JBPM Sarawak yang dikosongkan oleh Khirudin akan dipangku sementara oleh Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii.

“Beliau (Ling Hii) akan memangku dahulu kerana kita ada proses kenaikan pangkat untuk pegawai Gred KB54 melibatkan 11 orang pegawai.

“Kita kena tunggu pengesahan kenaikan ini terlebih dahulu baharulah kita hantar kertas kerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan ada 11 kenaikan pangkat pegawai dan selepas itu baru kita akan mengisi kekosongan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 kepada 92 pegawai dan anggota JBPM Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Khirudin menyifatkan tempoh enam tahun perkhidmatannya sebagai Pengarah JBPM Sarawak satu pengalaman menarik dalam usahanya membina masyarakat Sarawak yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahaya dan kesan kebakaran.

“Saya berterima kasih kepada media kerana memberikan penekanan kepada isu-isu berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan