Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kisah seorang remaja, Joshua (kiri), yang menceburi sukan tinju difilemkan menerusi ‘Homecoming’, khusus sempena Hari Gawai Dayak ini. Foto TVS

‘Homecoming’ naskhah menyentuh hati TVS sempena Hari Gawai Dayak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Mei: Sempena dengan perayaan Hari Gawai Dayak tahun ini, TVS tampil dengan sebuah filem pendek menyentuh hati bertajuk ‘Homecoming’ yang sarat dengan pelbagai mesej pengajaran.

Menurut penerbitnya, Amirul Hafiz Muhd Firdaus Abong atau lebih dikenali sebagai Thorus, filem pendek berdurasi sekitar tujuh hingga sembilan minit itu memaparkan kisah mengenai seorang remaja, Joshua, yang menceburi sukan tinju nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mengejar cita-citanya.

Beliau yang juga memegang watak utama menyifatkan filem pendek itu wajib ditonton pada Hari Gawai Dayak kerana memaparkan jalan cerita lain daripada yang lain dengan ia turut diwarnai dengan penampilan istimewa petinju kelahiran Sarawak, Daeloniel McDelon atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy.

“Kepada mereka yang menyambut perayaan Gawai Dayak terutamanya dan orang ramai amnya, tontonlah filem pendek ini kerana ia mempunyai jalan cerita menarik dengan memaparkan aksi-aksi tempur (tinju) dengan gabungan elemen budaya.

“Tiada karya seperti ini pernah dihasilkan sebelum ini, itu keistimewaan filem pendek ini,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ‘Homecoming’ akan menemui penonton pada 25 Mei di laman media sosial TVS Entertainment dan pada 1 Jun di saluran TVS 122 pada jam 10:30 pagi dengan siaran ulangan masing-masing pada jam 1:45 petang dan 8:45 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan