Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri Upacara Menaikkan Bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Miri, hari ini. Foto TVS

Elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Sarawak akan dinaikkan

MIRI, 20 Mei: Elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dinaikkan, demikian menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, kenaikan itu telah dipersetujui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagaimanapun jumlah kenaikan belum dimuktamadkan.

“Walaupun Sarawak berada dalam keadaan baik dari segi kewangan, Premier sentiasa mengingatkan kita supaya berhemah,” katanya ditemui media selepas Upacara Menaikkan Bendera Sempena Ulangtahun Ke-19 Bandar Raya Miri di sini, hari ini.

Dr Sim berkata, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) juga akan dinaikkan elaun bulanan, sejajar dengan pengumuman Abang Johari sebelum ini tentang kenaikan gaji penjawat awam.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau mengingatkan ahli majlis Majlis Bandaraya Miri agar menjaga imej baik kerana ia melambangkan bandar dan penduduknya.

“Jika anda pergi ke tempat lain, perkara yang paling penting ialah Majlis Bandaraya. Ia mewakili autoriti bandar. Setiap daripada anda perlu menjadi wakil yang baik bagi pihak berkuasa bandar. Ini sangat penting,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli majlis agar menghayati misi dan visi Majlis Bandaraya Miri supaya bersama-sama dapat membawa bandar raya Miri menjadi menjadi Bandar Raya Hijau, Pintar Dan Peranginan Antarabangsa Paling Boleh Didiami.

Beliau menambah untuk memberi perhatian kepada kepelbagaian kaum, tradisi, makanan dan acara yang diadakan kerana kerana perkara-perkara tersebut yang menghidupkan Bandaraya Miri.

Tema sambutan tahun ini ialah ‘Keharmonian Khatulistiwa: Gabungan Budaya dan Cita Rasa’ yang mencerminkan kekayaan kepelbagaian budaya, tradisi dan masakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan