Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Palestin mengangkut bantuan kemanusiaan antarabangsa daripada trak di tengah Semenanjung Gaza pada 18 Mei 2024, di tengah-tengah genosid. Foto AFP

Aktivis keamanan Israel lindungi konvoi bantuan ke Gaza

ByAFP

TARQUMYA, 20 Mei: Sekumpulan aktivis keamanan Israel mengembara bersama konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Ahad bagi melindungi barangan bantuan daripada serangan pelampau Yahudi sayap kanan dalam usaha memastikan bantuan sampai kepada rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya tujuh trak bantuan dari Jordan telah dihentikan dan diselongkar minggu lalu oleh aktivis sayap kanan mendapat tentangan daripada penduduk seluruh dunia apabila tular di laman sosial.

Konvoi bantuan yang dihantar pada Ahad terdiri daripada kira-kira 30 trak, dengan satu daripadanya diserang oleh pelampau sayap kanan.

Polis telah menahan seorang remaja Israel dari tempat kejadian selepas dia dilaporkan melemparkan sebahagian daripada bantuan tersebut.

Menurut aktivis, Suf Patishi, 32, pihaknya sempat sampai ke lokasi kejadian sebelum lebih banyak makanan dirosakkan.

“Pemberontak berjaya menyelongkar sebahagian bantuan daripada trak, namun kami tiba di lokasi dengan cepat.

Makanan yang dirosakkan juga adalah sedikit,” katanya kepada AFP.

Kira-kira 30 aktivis daripada Standing Together mengikuti konvoi ke sempadan wilayah Palestin pada Ahad.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan seramai 800,000 orang terpaksa melarikan diri susulan pertempuran hebat dan serangan bom dilancarkan Israel ke atas Rafah.

Ketua Agensi PBB Untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menerusi ciapannya di laman X berkata, terdapat pergerakan besar-besaran dalam kalangan penduduk, sejak Israel menyerang Rafah pada 6 Mei lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan