Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki didakwa cuba menceroboh dan merampas senjata api di Balai Polis Dato Keramat di sini awal pagi tadi. Foto TVS

Suspek cuba rampas submesingan HK MP5 di balai polis direman empat hari

ByTVS

GEORGE TOWN, 19 Mei: Lelaki mabuk yang menceroboh Balai Polis Dato Keramat di sini dan cuba merampas senjata api jenis HK MP5 yang disandang seorang anggota polis awal pagi tadi direman selama empat hari.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek warga tempatan berusia 35 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 22 Mei depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan

Katanya, kejadian itu berlaku apabila suspek yang menaiki motosikal di bawah pengaruh alkohol menyuruh seorang anggota polis membuka pintu pagar balai dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Suspek kemudian menghampiri anggota polis dan cuba merampas senjata api jenis (submesingan) HK MP5 selepas tidak menghiraukan arahan supaya beredar meninggalkan kawasan itu.

“Selepas berjaya dihalang, suspek mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota bertugas sebelum ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.

Ujarnya, ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Terdahulu, TVS melaporkan polis memberkas seorang lelaki yang cuba merampas senjata api di Balai Polis Dato Keramat di sini kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Suspek yang bergelut dengan polis semasa cuba ditahan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan