JAKARTA, 19 Mei: Tiga disahkan terkorban selepas sebuah pesawat latihan terhempas di Serpong pukul 2.30 pagi tadi.
Pesawat berkenaan sebelum itu dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan pada 1.43 petang semalam.
Sebelum kejadian pesawat jenis Tecnam P2600T dengan nombor pendaftaran PK-IFP itu terbang di laluan Tanjung Lesung – Pondok Cabe yang dikendalikan oleh Kelap Terbang Indonesia (IFC).
Jurucakap Polis Jakarta, Ade Ary berkata, pihaknya masih berusaha memindahkan mayat kesemua mangsa.
“Satu mayat ditemukan di luar pesawat manakala dua lagi masih dalam pesawat itu dan dipindahkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR6,” katanya menerusi kenyataan media.
Sehingga laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih tidak memperincikan punca nahas itu yang dipercayai berlaku ketika hujan lebat.
Sementara itu pasukan SAR yang terdiri daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), polis dan bomba masih berada di lokasi kejadian. – TVS.