Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. (Foto Arkib Bernama)

RUU keselamatan dalam talian dijangka dibentang hujung tahun ini

ByBernama

SEREMBAN, 19 Mei: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata ketika ini pihaknya masih meneliti beberapa perkara berkaitan RUU itu selain perlu mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) serta beberapa kementerian lain sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet.

“Kami baru habis mesyuarat ketiga yang dipengerusikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU itu pada 14 Mei lepas di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Setakat ini saya boleh kata kira-kira 60 peratus (siap), draf memang sudah ada…ia akan mengambil sedikit masa…kalau sempat mungkin akan bawa ke Parlimen pada Julai tapi jika tidak sempat kita akan pastikan selewat-lewatnya sidang terakhir (Parlimen) hujung tahun,” katanya.

Teo berkata RUU berkenaan bagi memastikan setiap platform provider atau sedia ada di negara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard selain memudahkan pihak berkuasa bekerjasama mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan terhadap sebarang isu berkaitan keselamatan dalam talian.

Beliau berkata selain RUU itu pihaknya juga berhasrat mengemas kini RUU dan akta sedia ada yang berkaitan bagi menambah baik selain menutup sebarang jurang (loophole) yang wujud.

Pada Mac lepas, Teo dilaporkan berkata Kabinet memutuskan supaya Akta Keselamatan Dalam Talian diwujudkan dan Kementerian Komunikasi serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri diarah mengkaji keperluan akta itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan