MEKAH, 19 Mei: Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi semasa sepanjang operasi musim haji 1445H/2024M.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, laporan harian yang dihasilkan mampu memberi gambaran sebenar kepada waris jemaah haji di tanah air.
“Alhamdulilah sehingga kini media memberi pelbagai informasi berita tepat serta gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia di tanah air.
“Berita yang disiarkan juga sudah tentu dibaca atau ditonton oleh jemaah haji yang akan berangkat ke sini.
“Ini serilir sebanyak membantu mereka memahami proses-proses yang yang akan dilalui,” katanya kepada pemberita ketika melawat Ibu Pejabat TH di sini, pada Sabtu.
Sementara itu beliau memaklumkan pada tahun ini media yang diterbangkan dari Malaysia menyalurkan berita di pelbagai platform seperti televisyen, radio, akhbar, laman sesawang termasuk platform media sosial seperti Tiktok dan seumpamanya.
Justeru beliau berkata jemaah haji dan waris mereka dinasihat supaya mendapatkan maklumat sebenar daripada sumber media yang sahih.
Seramai 22 orang media diterbangkan dari Malaysia untuk operasi musim haji tahun ini terdiri daripada TVS, Astro Awani, TVAlhijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTUtusan Malaysia, Harian Metro dan Bernama serta media TH sendiri.
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini dan dibantu oleh 600 petugas TH. – TVS.