Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki didakwa cuba menceroboh dan merampas senjata api di Balai Polis Dato Keramat di sini awal pagi tadi. Foto TVS

Lelaki diberkas selepas cuba rampas senjata di balai polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 19 Mei: Seorang lelaki berjaya diberkas polis selepas cuba merampas senjata api di Balai Polis Dato Keramat di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku apabila suspek berusia 35 tahun yang menunggang motosikal telah menghampiri seorang anggota sentri yang sedang menjalankan tugas di pintu pagar balai.

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas – KPN

Katanya, suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat selepas ditanya anggota polis terbabit tentang tujuannya ke situ selain bertindak menceroboh masuk ke dalam kawasan balai dan cuba merampas senjata api polis.

“Suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Air mata bapa gugur selepas Ahmad Azza Fahmi hilang dari pandangan selama-lamanya

“Dia bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan semasa cuba ditahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. – TVS

Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan