Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas. Foto AFP

Helikopter bawa Presiden Iran dilaporkan terhempas

ByBernama

TEHRAN, 19 Mei: Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

Koresponden IRNA berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan