Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Nicol David dilantik sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia. Foto, Facebook Heriot-Watt University Malaysia.

Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.

“Congratulations Datuk @NicolDavid!,” katanya menerusi catatan di akaun X.

Sementara itu Nicol dalam catatan Instagramnya semalam menyuarakan rasa gembira dengan penghormatan yang diberikan universiti untuk menjadi duta mereka, dan ia pastinya memberi inspirasi kepada belia pada masa hadapan.

Bekas juara dunia lapan kali itu mengaku tidak pernah dalam termimpi bahawa beliau akan menjadi Pro-Canselor mana-mana universiti, dan agak terkejut semasa menerima panggilan daripada Heriot-Watt University Malaysia mengenai tawaran berkenaan baru-baru ini.

Atlet dari Pulau Pinang itu berkata pengiktirafan universiti itu terhadap pencapaiannya dalam sukan, amat mengagumkan.

“Pada masa isu kesihatan mental memerlukan semua sokongan yang boleh kita berikan, saya amat berbangga apabila universiti ini juga mengiktiraf kepentingan untuk mempromosikan sukan dan kesihatan sebagai fokus untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dalam kehidupan mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam pendidikan serta kesejahteraan mental secara keseluruhan.

“Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pelajar terlibat dalam sukan di seluruh universiti dan ini akan menyumbang kepada pembentukan pelajar yang lebih sihat yang akan dapat komited untuk mencapai impian dan aspirasi mereka sendiri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan